Program ni sesuai untuk siapa?
Untuk awak yang selalu cuba diet tapi asyik gagal, senang putus asa separuh jalan, atau berjaya turun tapi naik balik. Program ni direka untuk orang yang nak hasil sebenar tanpa cara yang menyeksa. Lebih-lebih lagi kalau awak dah penat guna suplemen atau ubat diet, dan nak tukar ke cara yang lebih semula jadi.
Kena bersenam berat ke?
Tak. Program ni tak mewajibkan awak bersenam ekstrem. Aktiviti fizikal ringan macam berjalan kaki dah memadai. Fokus utama pada pemakanan yang betul, bukan membakar kalori sebanyak mungkin.
Perlu beli suplemen tak?
Tak perlu langsung. Program ni 100% semula jadi — berasaskan pemakanan dan pendidikan nutrisi. Tiada suplemen, tiada ubat diet yang disyorkan. Fokusnya pada pendidikan cara makan yang lebih sihat.
Lepas bayar, saya dapat apa?
Selepas pembayaran berjaya, awak terus dapat akses ke 5 modul video, ebook panduan, AI Health Dashboard (Google Sheets automatik untuk tracking kalori, berat, dan habit), AI Nutrition Tracker (gambar makanan → jadual nutrisi segera), dan Mindset Fix Guide (panduan 20 habit dari 3 level).
Boleh tonton di telefon tak?
Boleh. Semua bahan dalam format digital yang boleh diakses dalam telefon, laptop, atau tablet, bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Ni sekali bayar atau langganan?
Sekali bayar. Tiada caj bulanan atau caj tersembunyi lain.
Akses sampai bila?
Akses selama-lamanya. Awak boleh rujuk balik bahan bila-bila awak perlukan, termasuk kemas kini akan datang.
Siapa yang buat program ni? Boleh percaya ke?
Program ni disediakan oleh Taza (Taftazani Aulia), seorang Certified Nutrition Coach bertauliah antarabangsa daripada
Precision Nutrition — badan pensijilan nutrisi yang paling diiktiraf di dunia. Pensijilannya boleh awak sahkan terus secara online di
precisionnutrition.com ↗. Taza juga dah membimbing lebih 100 klien secara peribadi sebelum program ni dibuat.
Ada jaminan wang dikembalikan tak?
Sebab ni produk digital yang terus boleh diakses, kami tak menyediakan refund. Tapi jangan risau, semua isinya dah direka senang diikuti, dan awak dapat akses selama-lamanya termasuk kemas kini akan datang. Awak cuma bayar sekali je.